Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria telah membebaskan sebuah perkampungan yang terletak di kawasan strategik, Wadi Barada yang menjadi sumber bekalan air utama ke Damsyik dan kawasan sekitarnya.
Tentera kerajaan pada hari Khamis telah meneruskan kemaraan mereka ke kampung Bassimeh. Kampung itu mempunyai kedudukan yang sangat strategik memandangkan sungai terpenting Damsyik, Barada dan juga mata air yang membekalkan air ke ibu kota Syria terletak di sana.
Pihak tentera dan sekutunya telah memerangi kumpulan pengganas Takfiri sejak akhir Disember 2016. Pihak pengganas dilaporkan telah memusnahkan infrastruktur perawatan air di sana sebelum ini sekaligus menurunkan kadar aliran air yang selama ini menampung 5 juta penduduk Damsyik.
Ketika pihak tentera mula mengatasi para pengganas, pihak Tentera Syria berkata Israel melancarkan serangan roket pada hari Jumaat ke atas sebuat lapangan terbang tentera yang terletak di barat damsyik. Lapangan terbang itu digunakan secara meluas oleh Damsyik di dalam operasinya di Wasi Barada.
Pihak tentera mengatakan bahawa rejim Israel membantu kumpulan pengganas dengan melancarkan serangan ke atas pangkalan yang penting itu.
Tentera Syria juga telah mengeluarkan amaran kepada Tel Aviv bahawa tindakan rejim itu pasti akan dijawab oleh Damsyik.
13 Januari 2017 - 16:18
News ID: 804674
Tentera Syria telah membebaskan sebuah perkampungan yang terletak di kawasan strategik, Wadi Barada yang menjadi sumber bekalan air utama ke Damsyik dan kawasan sekitarnya.